OGOS 2023

Premier Rasmi Bangunan Baharu DCF Dan DCCI


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah hadir merasmikan Majlis Pembukaan Yayasan Kebudayaan Sarawak (DCF) dan Dewan Perdagangan dan Industri Dayak (DCCI) di sini pada Sabtu. 

Sejurus tiba, Premier telah disambut mesra oleh warga DCF dan DCCI.

Terletak di Jalan Ong Tiang Swee, ikonik baharu Sarawak iaitu Menara Panggau Dayak atau dikenali sebagai Yayasan Kebudayaan Sarawak (DCF) dan Dewan Perdagangan dan Industri Dayak (DCCI). 

Simbolik perasmian telah dilakukan dengan   upacara pembukaan arca budaya yang menjadi lambang kemegahan ibu pejabat DCF dan DCCI. 

Menara yang menelan kos berjumlah RM103 juta kos pembinaanya ini akan berfungsi  sebagai hub yang menyelia dan aktiviti-aktiviti seperti promosi, pemasaran, publisiti seterusnya mengangkat adat budaya masyarakat Dayak ke persada dunia.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Pengerusi DCCI Dato Allan Keripin Nangkai, mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang dan dif-dif kenamaan yang lain.

#sarswakku #sarawakmajumakmur

Sumber dari : Sarawakku